01.
02.
03.
04.
05.
|
kata pendahuluan
assalamua'laikum warahmatullahi wabarakatuh, ucapan salam yang serba indah dilafazkan buat para pembaca sekalian.
ribuan terima kasih kami ucapkan kerana sudi berkunjung tiba.
harap maklum bahawasanya, lelaman www.sanggar-perbayu.blogspot.com ini merupakan lelaman di mana konteksnya sedikit-sebanyak diadaptasi daripada ---; www.freewebs.com/penglipur_lara, lelaman PERBAYU yang diselenggarakan sejak tahun 2006 hingga 2008, lalu dikemaskini agar tampak lebih interaktif lagi mampat isiannya dengan pelbagai ruangan yang penuh dengan ilmuan, perbincangan dan penulisan kreatif para pelajar.
dengan itu, sekian. wassalam. ^^
|
objektif
di samping pembaharuan lelaman www.sanggar-perbayu.blogspot.com sempena menyambut tahun baru(2009) nanti, apa yang pasti, objektif di sebalik kewujudan PERBAYU tetap kekal sama yakni; untuk sering mempertingkatkan mutu persembahan kami dalam apa jua acara yang telah dijanjikan mahupun, yang bakal datang mengundang.
sesungguhnya kami percaya bahawa suatu kejayaan itu hanya akan membuahkan hasil jika kita tidak mudah rasa puas dan, bangga malah tetap tekun berusaha.
prinsip ini juga, adalah sangat penting terutama dalam hal mencapai impian termasyhur kami yakni; menghiburkan hati semua manusia sekalian alam. ^^
|
|
|
muqaddimah
guru-guru penasihat:CIKGU YAZID HUSSEIN:- (2002-2007) ![]() :- nadwah berkeramat bismillahir-rahmanir-rahim. dengan nama Allah Azzawajallah yang amat pengasih lagi amat penyayang. selamat dan salam dilafazkan buat rasul junjungan, Nabi Muhammad S.A.W, ahli keluarga baginda, para sahabat, tabiin, tabit tabiin, sekalian umat Islam, sidang pembaca dan para pelajar yang dihormati. syukur ke hadrat Allah Azzawajallah kerana dengan izin dan kurnia-Nya, lelaman Penglipur Lara™ PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, INSTITUT MILLENNIA dapat diselenggarakan dan direalisasikan. setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada anggota PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, INSTITUT MILLENNIA yang terus gigih dan bertekad untuk merealisasikan impian mewujudkan satu lelaman yang mengandungi pelbagai maklumat dalam skop yang luas dan pemaparan kegiatan-kegiatan yang dianjurkannya. semoga lelaman ini terus menjadi wadah maklumat dan ruang perantaraan kepada semua. akhir kata, sesungguhnya apa jua yang diusahakan oleh kita, tanpa izin dan kehendak Allah Azzawajallah, maka tidak akan wujud walaupun sebiji zahrah, tidak akan tertulis walaupun sepatah kata, tidak akan terluah segala pandangan, tidak akan terhasil sebutir ilham, dan tidak akan terukir sekuntum senyuman. sekuntum senyuman dan jalinan mesra kepada semua pembaca Penglipur Lara™ PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, INSTITUT MILLENNIA. "anak ruam berlima-lima mati ditimpa penggur berdaun, budi tuan saya terima menjadi hutang beribu tahun." yang ikhlas dan merendah diri menjadi hamba... cikgu yazid hussein guru penasihat PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, INSTITUT MILLENNIA CIKGU SITI MARDIANA ABDUL HAMID ![]() :- nadwah berkeramat assalamualaikum. mulanya hanya suatu cetusan ilham yang tidak sepertinya untuk menjalinkan kecintaan terhadap budaya dan bahasa Melayu antara para pelajar pelbagai peringkat. kemudian terjalin pula ikatan ukhwah yang hingga kini tetap kekal dan kaya dengan pelbagai rentetan memori, kenangan dan pahit-maung kehidupan. semuanya bagaikan satu keluarga besar dan rumpunnya masih kuat berakar-tunjang. maka harus kita sama-sama pelihara perjuangan ke arah kebaikan ini kerana meskipun yang dikejar bukan tempelan nama semata-mata, akhirnya apa yang kekal di minda dan jiwa yang akan dengan manis mengiringi perjalanan kita dalam kehidupan. sekalung penghargaan saya ucapkan kepada para anggota PERBAYU Institut Millennia serta bekas anggota PERBAYU atas semangat dan usaha mereka memperjuangkan gagasan ini. anda semua merupakan harapan saya dan sebab mengapa saya terus berada di sini. salam sayang... cikgu siti mardiana abdul hamid guru penasihat PERSATUAN BAHASA DAN BUDAYA MELAYU, INSTITUT MILLENNIA
-DALAM PROSES PEMBIKINAN-
harap sabar menanti. ^^ |
![]()
terima kasih
jawatankuasa(terkini)
PRESIDEN
![]() "jangan main-main dengan saya, pandang tarak mata, hahhhhh!" nama: hayati aka. haha/siren/ling-ling, tahun 3(2009)
NAIB PRESIDEN DAN NAIB PRESIDEN-(UNDERSTUDY)
(kanan)![]() (kiri) "panggil sahaja saya, ehem... beyonce' ya?" nama: izyan aka. jenin/beyonce', tahun 3(2009) pencapaian gemilang: pelakon wanita terbaik, 'NUS Pentas Budaya 2007'-Mat Jenin "assalamualaikum, saya favourite kopi-o." nama: zulkifli aka. wak, tahun 2(2009)
BENDAHARI
![]() "hotkambings call me kamchamne." (bahasa dia seorang sahaja yang faham) nama: farzana aka. fafa, tahun 3(2009)
KETUA PUBLISITI
![]() "akulah... primadona. cehdebah!" nama: nurazimah aka. gelap/gila/slow/chong pang, tahun 2(2009) pencapaian gemilang: pelakon utama wanita terbaik, 'Sayembara Teater 2008'-Hasnah bekerjasama dengan, ![]() "aku cute, aku tahu..." nama: ainie aka. sound/chicken little, tahun 2(2009) ![]() (kiri) "EPOK-EPOKSXZZZZZ!" nama: humaira aka. epok/lighting, tahun 2(2009)
SECRETARY
![]() "dulu lain, sekarang lain; dulu, sekarang nak jadi ROCKSTAR." nama: ainun aka alana, tahun 3(2009) ![]() "3 perkataan; siti nurhaliza-tak-menjadi." nama: ameera aka. ustazah/slow/tangan kecik, tahun 2(2008)
QUARTERMASTER I/C
![]() "suatu ketika dahulu, aku pernah hampir-hampir jadi 'two-face'. tak percaya? eh, takpe." nama: hafiz aka. maha gila, tahun 3(2009) ![]() "biarpun comel, satu PERBAYU pernah kena 'hang' dengan aku!" nama: sabariah aka. pendek/stage manager, tahun 1(2009)
SPORTS I/C
![]() "hey sweetheart, i'm Mr. Lover-lover." nama: fandy aka. hotstuff, tahun 2(2008) pencapaian gemilang: pelakon utama lelaki terbaik, 'Sayembara Teater 2008'-Tengku Murad ![]() "ah, apa-apa aje lah..." nama: handry, tahun 3(2009) anggota perbayu
JUMLAH KESEMUANYA-(2009): 12 ![]() ![]() ![]()
TAHUN 3: hayati, farzana, izyan, ainun
TAHUN 2: nishaa, ainie, humaira, nurazimah, zulkifli TAHUN 1: sabariah, zahrah, shikin memandangkan kumpulan aktivis PERBAYU ini ibarat 'magnet' yang mampu memancing minat ramai, kami yakin dengan setulusnya hati bahawa, kadar jumlah keseluruhan anggota PERBAYU akan terus meningkat pada masa yang akan datang. insya'allah. ^^ kami sangat mengalu-alukan muka-muka baru yang sudah semestinya berdedikasi lagi, berbakat. :] HIDUP PERBAYU! |
|
prasasti seni
seperjuangan
forum bicara
|